top of page
Search

NAK BERNIAGA APA LEPAS COVID-19 NI? KENAPA TAK CUBA AKUAKULTUR?

Writer: AMAZING UNITY AMAZING UNITY SDN BHDAMAZING UNITY AMAZING UNITY SDN BHD

Kerajaan sasar pengeluaran sektor akuakultur sebanyak 958,000 tan metrik menjelang 2030


Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata sasaran itu dibuat merangkumi pengeluaran akuakultur marin, air tawar dan rumpai laut.


"Bagi merealisasikan sasaran ini kerajaan menggunakan pendekatan 'pro-business environment' agar pembangunan sektor akuakultur dapat dipacu melalui penglibatan sektor swasta.


"Ia seperti projek-projek di bawah National Key Economic Areas iaitu Entry Point Projects (EPP) untuk rumpai laut, iCAGE bagi projek intergrasi sangkar dan intergrasi kolam yang kebanyakannya melibatkan udang marin," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.


TAHUKAH ANDA AKTIVITI AKUAKULTUR TERSENARAI LAYAK SEBAGAI AKTIVITI & PRODUK PROMOSI UNTUK SYARIKAT SKALA KECIL YANG MEMILIKI PERTIMBANGAN

ELAUN CUKAI PIONEER DAN CUKAI PELABURAN DI BAWAH PROMOSI AKTA PELABURAN 1986


Beliau berkata, kerajaan juga turut mempunyai beberapa strategi dan pendekatan dalam meningkatkan produktiviti sistem ternakan.


Katanya, selain itu pihaknya menggalakkan pembangunan projek akuakultur baru dalam skala kecil dan sederhana secara berkelompok atau kluster.


"Situasi pandemik COVID-19 pada masa sekarang telah sedikit sebanyak mempengaruhi beberapa sektor penting dalam negara ni terutama sektor pelancongan, pengangkutan, pembuatan dan lain-lain.


"Tidak dapat dinafikan bahawa sektor perikanan terutama bidang akuakultur juga menerima kesan akibat dari situasi tersebut," katanya lagi.


Sumber: Astro Awani


Hubungi kami jika anda memerlukan bantuan untuk memohon lesen perkilangan serta perniagaan dan berurusan dengan agensi kerajaan.

 
 
 

Comments


CONTACT US

Call or Email Us for a Free Quote

If you need assistance in setting up your factory in Malaysia especially in the state of Johor or need our other services, please don't hesitate to drop us your question. We will get back to you as soon as possible. LMW Services & Consulting, Yacht Handling & Trucking

Thanks for submitting!

+607 231 7717

Amazing Unity Sdn Bhd

No 5 Jalan Camar Taman Perling 81200 Johor Bahru, Johor, Malaysia

  • Facebook
  • Yelp

© 2021 by AMAZING UNITY SDN BHD

bottom of page